Expired : 18.06.18

Makluman Berita Palsu MKN Hari Ini


Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial terkini yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-


PEMAKLUMAN BERITA PALSU


Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular dimedia sosial:


1.KKM menafikan mengeluarkan sebarang S.O.P Pembelian Barangan Keperluan Harian bagi Musim COVID-19.


2. Pihak Hospital Kluang menafikan fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Kluang yang baharu.


3. Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor menafikan keadaan wabak COVID-19 diKuala Selangor semakin parah seperti didakwa oleh satu kenyataan yang dikeluarkan di Mukim Tanjong Karang.


Pasukan Respon Pantas

KKMM


26 Mac 2020│10.00Pagi


Kredit sumber : Laman Telegram Majlis Keselamatan Negara


The post Makluman Berita Palsu MKN Hari Ini appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).