Expired : 18.06.18

MALAM BERPESTA! GLAM LELAKI MERAIKAN ALPHAMEN 2018 EDISI ROYAL


Saban tahun, majalah GLAM Lelaki pasti akan mengadakan parti tahunan yang semestinya happening dan fun. Tidak terkecuali tahun ini, dalam masa meraikan kewujudan kami yang menjadi sumber utama serta rujukan sah buat lelaki alfa dalam fesyen dan gaya hidup, berbezanya kali ini buat julung kalinya kami meraikan barisan tujuh jejaka berketurunan diraja yang wajar dicontohi istimewa untuk edisi eksklusif Alphamen 2018.





Biarpun sering dikaitkan dengan dunia glamor serba mewah, namun kewujuduan mereka dilihat semakin sinonim dan rapat dengan rakyat jelata dek kuasa serta pengaruh sosial media. Bagi meraikan perhubungan ini, semalam, bertemakan santai dan ‘no black tie’, grand ballroom Hotel Shang Ri La KL menjadi saksi pada acara penuh gilang gemilang ini, apatah lagi dihadiri oleh dif-dif jemputan kehormat, barisan-barisan selebriti, artis, influencer dan para klien, sememangnya gamat dibuatnya!



[caption id="attachment_17052" align="aligncenter" width="600"] Ketua Pegawai Eksekutif Blu Inc Media, Datin Azliza Ahmad Tajuddin turut hadir menyerikan acara.[/caption]


Bermula seawal 7 malam, kelihatan ramai barisan selebriti dan jemputan sudah mula melewati ruang dewan sebelum masuk ke dalam grand ballroom untuk majlis makan malam berhidang. Yang pasti, semuanya kelihatan segak dan cantik sambil sempat bergambar di dinding foto GLAM Lelaki yang eksklusif.












Istimewanya, untuk parti tahunan ini, gaya peribadi kesemua Alpha Men serta barisan selebriti dilengkapi dengan tajaan dan sarungan jam tangan mewah dari Zenith serta aksesori indah dari Stephen Webster.


[caption id="attachment_17063" align="aligncenter" width="600"] YM Raja Yusuf Jamalullai Raja Mufik Affandi Raja Khalid[/caption]


[caption id="attachment_17064" align="aligncenter" width="600"] YM Tengku Arif Fahad Yam Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar[/caption]


[caption id="attachment_17066" align="aligncenter" width="600"] YM Tunku Nasruan Adil Bin Tunku Mudzaffar[/caption]


[caption id="attachment_17068" align="aligncenter" width="600"] YM Tengku Uzzaam Uzzairi Bin Tengku Dato’ Sri Uzir[/caption]


[caption id="attachment_17069" align="aligncenter" width="600"] Hael Husaini[/caption]


[caption id="attachment_17067" align="aligncenter" width="600"] Azrel Ismail[/caption]


[caption id="attachment_17077" align="aligncenter" width="600"] Kaer Kazami[/caption]


[caption id="attachment_17078" align="aligncenter" width="600"] Eddy Asyraf[/caption]


Sekitar pukul 8.40 malam, malam istimewa ini dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan dari our own emcee, Dephne Iking yang sentiasa tampak menawan, as always! Kemudian disusuli ucapan ringkas oleh Editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim mengalukan kehadiran semua jemputan dan seterusnya memperkenalkan barisan individu-individu kuat di sebalik penubuhan majalah GLAM Lelaki.


[caption id="attachment_17062" align="aligncenter" width="600"] Dephne Iking mengalu-alukan kehadiran para jemputan.[/caption]


[caption id="attachment_17070" align="aligncenter" width="600"] Editor GLAM Lelaki, Aziz Draim.[/caption]


Sejurus saja ucapan beliau tamat, malam istimewa ini diteruskan lagi dengan hidangan makan malam sambil diiringi persembahan pembukaan dari Ryot Jones yang memukau. Rata-rata semua jemputan terhibur sambil ada yang menari dan berdansa mengikut irama.








Kemudian, majlis bergerak ke acara kemuncak, iaitu majlis penghargaan kepada kesemua GLAM Lelaki AlphaMen 2018. Walaupun tidak semuanya hadir atas komitmen masing-masing yang tidak dapat dielakkan, majlis tetap berjalan lancar di mana empat dari AlphaMen yang hadir dijemput ke atas pentas untuk menerima plak penghargaan yang dipersembahkan oleh Editor GLAM Lelaki, sambil diiringi sedutan video-video wawancara ringkas setiap AlphaMen. Mereka adalah YM Tengku Uzzaam Uzzairi Bin Tengku Dato’ Sri Uzir, YM Raja Yusuf Jamalullai Raja Mufik Affandi Raja Khalid, YM Tengku Arif Fahad Yam Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar dan YM Tunku Nasruan Adil Bin Tunku Mudzaffar.







Turut diraikan adalah Altimet yang meraikan hari jadinya semalam. Kelihatan Altimet terpinga-pinga, tidak menyangka hari ulang tahun kelahirannya turut diraikan pada malam istimewa ini.



Setelah acara utama tamat, semua jemputan kembali dihidangkan dengan menu-menu sampingan lazat, berhibur dengan persembahan Ryot Jones sambil bergaul mesra antara satu sama lain sehinggalah tirai acara malam itu sampai ke akhirnya. Walaupun singkat, nyata malam acara tahunan majalah GLAM Lelaki AlphaMen 2018 yang diadakan semalam mencipta satu sejarah bagi meraikan individu-individu hebat bukan semata dari golongan artis dan karyawan seni sahaja, namun GLAM Lelaki turut mengiktiraf mereka-mereka berlainan bidang yang boleh dijadikan inspirasi. Terima kasih sekali lagi buat semua yang menjayakan majlis secara langsung dan tidak langsung. Tidak dilupakan kepada semua penaja-penaja utama iaitu Zenith, Stephen Webster dan Shang Ri La Hotel. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan.







Antara barisan para selebriti dan jemputan yang hadir memeriahkan acara semalam.



The post MALAM BERPESTA! GLAM LELAKI MERAIKAN ALPHAMEN 2018 EDISI ROYAL appeared first on Glam Lelaki.


Norlida Ishak Shop