Expired : 18.06.18

Malam di KL, malam di Gaza


GAZA, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Seorang remaja Palestin berusia 15 tahun maut ditembak askar pengganas Israel, ketika tunjuk perasaan ‘The Great March of Return’ tidak jauh dari pagar dibina rejim itu di timur Semenanjung Gaza, semalam.


Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qidra, remaja berkenaan Saif alDin Abu Zeid, ditembak di kepala oleh penembak hendap rejim Zionis.


Pada masa sama, enam lagi rakyat Palestin yang menyertai tunjuk perasaan itu cedera dan dirawat di Hospital Shifa.


Setiap malam sejak awal Februari lalu, remaja Palestin yang dikenali sebagai ‘unit gangguan malam’ berkumpul berhampiran sempadan dengan Israel sebagai sebahagian daripada tunjuk perasaan ‘The Great March of Return’ yang bermula pada Mac tahun lalu.



Ribuan rakyat Palestin menyertai tunjuk perasaan itu, mendesak mereka dibenarkan kembali ke tanah dan rumah yang dirampas sejak 1948.


Mereka juga mendesak kepungan dan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak 12 tahun lalu, yang menyebabkan kesengsaraan hidup lebih dua juta warga Palestin, dimansuhkan.


Penghujung Februari lalu, penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, terdapat bukti yang menunjukkan rejim Israel melakukan jenayah kemanusiaan apabila menembak, mencederakan dan membunuh rakyat Palestin ketika tunjuk perasaan tahun lalu.



Suruhanjaya Siasatan PBB yang turut dianggotai pakar hak asasi manusia bebas membuat anggaran 189 rakyat Palestin terbunuh dan 9,000 lagi cedera, sementara kiraan lain menunjukkan 260 terbunuh dan 26,000 lagi cedera.


Sementara itu, malam tadi, pesawat rejim Israel melancarkan serangan udara ke atas Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. Setakat ini, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.


Rejim pengganas Israel mengesahkan mereka menyasarkan unit ketenteraan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza.


Radio al-Quds Palestin melaporkan tiada kecederaan dalam serangan itu, tetapi beberapa kemudahan serta rumah berhampiran rosak. – Agensi



The post Malam di KL, malam di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop