Expired : 18.06.18

‘Malam hitam dalam sejarah Malaysia’

Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil kesal dengan tindakan pembangkang yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan untuk mengangkat status Sabah dan Ssarawak dalam Persekutuan Malaysia.


Menulis menerusi akaun Twitter, anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata pembangkang lebih memilih untuk berkecuali dalam hal melibatkan kepentingan negara itu.


“Tatkala Pakatan Harapan pilih untuk perjuangkan nasib dan masa depan rakyat Sabah dan Sarawak dengan usaha mengembalikan status Sabah dan Sarawak setaraf Persekutuan Tanah Melayu dalam Persekutuan Malaysia, Barisan Nasional, PAS dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) pula pilih untuk berpeluk tubuh, berputih mata.


“Malam yang hitam dalam sejarah Malaysia,” kata Fahmi.


RUU Persekutuan (Pindaan) 2019 dibentang dan dibahaskan hampir tujuh jam semalam oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963.


Ia tidak dapat diteruskan selepas dibentangkan buat kali kedua kerana hanya 138 anggota Parlimen menyokong pindaan Perlembagaan itu, tiada yang menolak dan 59 pula tidak mengundi dalam undi belah bahagi.


Sementara itu, Anggota Parlimen Ssetiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad membidas kritikan PAS terhadap hasrat kerajaan untuk melakukan pindaan tersebut.


“PAS kata pindaan Perlembagaan untuk kembalikan status perkongsian Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bersifat kosmetik dan separuh masak.


Nampak sangat PAS tak faham Perjanjian Malaysia 1963 dan kepentingannya kepada rakyat Sabah dan Sarawak agar mereka bukan hanya seperti negeri lain,” katanya.


Norlida Ishak Shop