Expired : 18.06.18

Malam istimewa buat Dukun

KARYA arahan Dain Said, Dukun merangkul empat trofi termasuk Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.


Filem dibintangi Datin Seri Umie Aida itu turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.


Dain ketika ditemui meluahkan rasa syukur terhadap pencapaian Dukun walaupun ditayangkan selepas 12 tahun pembikinannya selesai.


“Syukur Alhamdulillah. Filem ini boleh menang mungkin disebabkan struktur jalan cerita.


“Selain itu, saya percaya lakonan Umie antara kejayaan Dukun,” katanya secara ringkas.


Drama popular Nur yang bersiaran di TV3, tahun ini pula membawa pulang tiga trofi.


Naskah arahan Shahrulezad Mohameddin itu dinobatkan Drama Rantaian Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian serta Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.


Manakala Pendosa Ingin Ke Syurga diumumkan sebagai pemenang kategori Drama Terbaik.


Drama itu turut memenangi dua kategori lain iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dan Pengarah Terbaik Drama.


Sementara itu, Normah Damanhuri diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi lakonannya dalam Pinjamkan Hatiku.


Kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama disampaikan kepada Fauzi Nawawi kerana berjaya memberi persembahan menonjolkan dalam Qalbu.


Sebagai kelainan, edisi ASK ke-22 ini tidak menampilkan pengacara utama bagi mengendalikan malam kemuncak, sebaliknya tugas itu diserahkan kepada 12 penyampai anugerah terpilih.


Antara artis terbabit ialah Awal Ashaari, Maya Karin, Naz Habibur, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Nora Danish dan Datuk Rosyam Nor.


Acara turut diserikan dengan persembahan Wany Hasrita, Ernie Zakri, Shiha Zikir, Jaclyn Victor, Elvira, Altimet, Amelia Henderson, Raja Shahiran, Shawn Lee, Datuk M Nasir, OAG dan ahli silap mata Andrew Lee.


Senarai keputusan ASK 2018:


Penyunting Drama Terbaik - Mohd Shahrul Amin (Qalbu)


Videografi Drama Terbaik - Nasarudin Ahmad Kamal (Nisaa)


Lakon Layar Terbaik - Huzir Sulaiman (Dukun)


Lakon Televisyen Terbaik - Sofia J Rhyland (Aku Nazmi)


Rancangan Majalah Terbaik - 999


Rancangan Realiti Terbaik - Let’s Cycle Season 3


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Namron (Dukun)


Drama Komedi Terbaik - Mat Rukun


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Qalbu)


Rancangan Anugerah Terbaik - ASK2017


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Rantaian - Amyra Rosli (Nur)


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Syafiq Kyle (Nur)


Pengarah Terbaik Filem - Dain Said (Dukun)


Pengarah Terbaik Drama - Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)


Pelakon Wanita Terbaik Filem - Datin Seri Umie Aida (Dukun)


Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)


Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nad Zainal (Fatonah Azali)


Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Jay Iswazir (Aku Nazmi)


Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina) - Green Wall


Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu) - Nur


Filem Terbaik - Dukun


Drama Terbaik - Pendosa Ingin Ke Syurga


Norlida Ishak Shop