Expired : 18.06.18

Malaysia Mungkin Membida Untuk Menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends

Moonton, pembangun disebalik permainan popular, Mobile Legends : Bang Bang, baru-baru ini telah mengumumkan yang mana mereka kelak akan menganjurkan kejohanan peringkat dunia untuk permua berkenaan di salah satu negara sekitar Asia Tenggara.


Selari dengannya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengatakan, sekiranya hal ini benar, maka Malaysia mungkin akan membida untuk menganjurkan kejohanan peringkat dunia berkenaan. Kejohanan peringkat dunia untuk Mobile Legends dijangka akan mempertandingkan para pemain dari Asia, Eropah, dan juga Amerika Syarikat.


Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi – termasuk bilakah ia akan dipertandingkan. Kita mungkin akan mendengar lanjut berkenaan penawaran hadiah, tarikh dan lokasi untuk “Piala Dunia” Mobile Legends : Bang-Bang ini dalam bulan-bulan akan datang.


Norlida Ishak Shop