Expired : 18.06.18

Malaysia perlu ambil langkah segera bantu konflik di Kashmir

BANGI, 10 Safar 1441H, Rabu – Kerajaan diminta mengambil segala langkah yang boleh menyelesaikan isu konflik di Jammu dan Kashmir dalam masa terdekat.


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, perintah berkurung yang sedang berlangsung di Jammu dan Kashmir ketika ini sudah telah terlalu lama dan menjejaskan kehidupan rakyat yang memerlukan pembelaan. 


Beliau berkata, sekiranya dibiarkan lebih lama lagi akan menyebabkan penderitaan kemanusiaan terhadap penduduk Jammu dan Kashmir.


“Di dalam soal berkait kemanusiaan, keadilan, kezaliman yang telah ditimpakan kepada penduduk Jammu dan Kashmir, tidak seharusnya kita meletakkan soal perut kita.


“Kepentingan kita mengatasi prinsip yang diperjuangkan oleh Malaysia yang menyanjung tinggi kedaulatan, keamanan, hak asasi manusia dan sebagainya,” katanya.


Beratus-ratus orang dilaporkan ditahan ketika perintah berkurung Kashmir – mereka ditahan tanpa dibicarakan oleh pihak berkuasa India dan terpaksa dipindahkan jauh dari rumah.  


Sekurang-kurangnya 300 telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Awam (PSA), yang membenarkan penahanan sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.


Kebanyakan daripada mereka telah dihantar ke penjara di seluruh negeri Uttar Pradesh.  Pegawai India mengatakan dasar mengangkut tahanan, yang bermula tahun lepas tetapi telah dilancarkan sejak Ogos lalu, diperlukan untuk memutuskan hubungan pemberontak dari rangkaian mereka.


Dalam perkembangan sama, Ahmad Amzad turut menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunos yang menyifatkan isu Jammu Kashmir tidak ada kaitan dengan keagamaan.


“Ini tidak betul, keadaan yang berlaku sekarang ini adalah di bawah kepimpinan India yang ada sekarang, yang kita semua tahu susur galurnya daripada mereka yang fanatik Hindu dan mereka sedang melakukan tekanan, sebenar terasnya lebih kepada isu berkait dengan keagamaan.


“Maka, kerana itu perkara ini perlu ditangani dan perlu difahami dengan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia,” katanya.


The post Malaysia perlu ambil langkah segera bantu konflik di Kashmir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop