Expired : 18.06.18

Malaysia sah dikeluarkan dari senarai Statut Rom – PBB

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasminya telah mengeluarkan Malaysia daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, keputusan itu dibuat berdasarkan notis awal yang dikeluarkan kementerian itu sebelum ini.


Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri seperti berikut:



“…Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument Of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019.


“Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta merta.


“Meskipun begitu, Malaysia komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili para pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.


“Ini sejajar dengan dasar kerajaan baru untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban,” kata kenyataan PBB.


Sebelum ini, kerajaan PH dikritik kerana dianggap tidak berterus terang kerana nama Malaysia masih tersenarai sebagai negara yang menandatangani Statut Rom seperti terpapar di laman web PBB.


Pelbagai pihak mempersoalkan perkara itu memandangkan kerajaan sebelum ini mendakwa sudah menghantar surat menarik diri pada 29 April lalu.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan kerajaan menarik diri daripada menandatangani perjanjian tersebut selepas mendapat bantahan pelbagai pihak selain tidak dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.


Keputusan itu menyebabkan beberapa pihak termasuk pimpinan dalam kerajaan sendiri menyifatkan ia langkah mengundur ke belakang.


The post Malaysia sah dikeluarkan dari senarai Statut Rom – PBB appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop