Expired : 18.06.18

Malaysia-Turki kerjasama bantu pelarian

Malaysia berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Turki bagi membantu pelarian yang meninggalkan tanah air mereka atas sebab ekonomi.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian 


selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci, Isnin lalu.


“Kita mesti memikirkan penyelesaian jangka panjang untuk membantu mereka supaya mereka dapat kembali ke negara adal mereka.


“Mungkin dengan dasar yang lebih sesuai untuk matlamat itu,” kata beliau dalam  kenyataan hari ini.


Sementara itu, Wan Azizah berkata Turki dan Malaysia perlu kukuh daripada segi ekonomi untuk membantu umat.


“Kita perlu menjadi negara yang kuat, bersatu dan membantu antara satu sama lain untuk membantu pihak lain di kawasan-kawasan yang berbalah dan menjadikan tempat ini sebagai tempat yang lebih baik untuk semua,” katanya.


Norlida Ishak Shop