Expired : 18.06.18

Mamat, Azlee Sertai MLM 2019, Mahu Tampil Dengan Lawak Bijak. Bergabung Jadi Kumpulan!


Kehangatan program realiti, Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) kembali lagi mewarnai industri hiburan tempatan.


Terdiri daripada sembilan peserta berkumpulan dan dua peserta solo, MLM 2019 kali ini mengetengahkan dua orang peserta yang kembali membuat kemunculan semula (comeback) dalam satu kumpulan iaitu Mamat dan Azlee.


Memilih nama kumpulan Stone, ketiga-tiga mereka yang terdiri daripada Azlee,Mamat dan Acong mahu memberikan persembahan terbaik setiap minggu.


Mereka ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu sempena sesi pengenalan peserta MLM 2019.


Azlee bagaimanapun tidak terkesan dengan pemilihannya dalam program ini meski merupakan pelawak paling senior.


“Ada juga segelintir yang cakap bahawa kumpulan Senario dan saya salah seorang darinya tak perlu bertanding,sebaliknya jadi juri.


“Tapi saya tak kisah semua itu,saya masuk hanya untuk menceriakan,mewarnai dan menghiburkan penonton.


“Saya juga mahu mendekatkan jenaka dengan pelawak-pelawak baru kini,” kata Azlee kepada MH.



Sementara itu,Mamat yang turut bergabung dalam kumpulan Stone yakin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan masing-masing.


“Saya mahu kembalikan lawak-lawak Sepah tetapi mahu cipta sedikit kelainan.


“Bukan mahu ambil seratus peratus lawak mereka,tetapi saya sebagai bekas anggota kumpulan tersebut mahu ‘hidupkan’ semula jiwa Sepah.


“Begitu juga dengan Azlee yang lahir daripada kumpulan legend,Senario.


“Kami akan ambil sedikit cuma mahu tampil kelainan dengan lawak bijak dan fresh,” ujarnya yang sudah menyepi sejak 2016.


Bergiat aktif dalam dunia permotoran bukannya alasan anak kelahiran Johor ini untuk ‘lari’ dalam industri hiburan.


“Saya akui saya menyendiri hampir tiga tahun dan lama tak muncul di kaca TV.


“Bukan saya merajuk, cuma saya mencari sesuatu di luar bidang saya iaitu ke dunia permotoran” jelasnya.



Antara peserta yang bakal bersaing dalam MLM 2019 adalah:


1. Bocey (Abam,Fad,Achey)
2. Zero (Atu,Syaiful,Syarif)
3. Rare (Ajak,Ropie,Pak Ya)
4. Puteh (Mamak,Ali,Man)
5. Stone (Mamat,Azlee,Acong)
6. Jambus (Tauke,Tapai)
7. Rojak (Bell Ngasri,Chiwan,Rahim)
8. J-Born (Khir Rahman,Vicha,Joey)
9. Cali (Khai,Tony) -Brunei
10. Rahmet (peserta solo) -Indonesia
11. Popon (peserta solo) -Indonesia


Program ini bersiaran langsung pada 1 November ini di saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124).


Masih mengekalkan pengacara sama, Datuk AC Mizal semenjak 2011.




Norlida Ishak Shop