Expired : 18.06.18

Mampukah Bajet 2019 Dipercayai, Sedangkan Manifesto Pun Tak Ditunai – Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan Bajet 2019 di Dewan Rakyat buat julung kali setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negara.


“Semua pihak menunggu dengan penuh debaran dan harapan tentang Bajet 2019,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Twitternya hari ini.



Katanya, persoalannya sama ada bajet ini mampu dipercayai sedangkan manifesto pun tak ditunaikan.


“Rakyat sedang memerhati,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.


Dilaporkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahathir baru-baru ini turut meminta rakyat memberi sedikit pengorbanan untuk Bajet 2019.


Katanya, pengorbanan yang di minta bukan banyak sangat kerana kerajaan hari ini tidak ada duit untuk beri sama seperti kerajaan dahulu.


Jelasnya, rakyat perlu menerima hakikat bahawa prestasi kewangan negara tidak membenarkan pemberian wang secara percuma. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop