Expired : 18.06.18

“Mana Bantuan BaSah?”





May 23, 2019

0 Comments







1. Bantuan Sara Hidup atau BaSaH merupakan penjenamaan semula Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, yang dilihat “menyucikan” bantuan kerajaan kepada golongan B40 daripada digelar dedak oleh Pakatan Harapan sebelum PRU-14 kepada “bantuan suci” melalui BaSah selepas PRU-14. Apa pun gelaran yang diberikan, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berharap bantuan kerajaan kepada golongan memerlukan seperti golongan B40 tetap diteruskan, lebih-lebih lagi di kala harga barang tidak turun-turun walaupun GST sudah tiada. Harga barang asas seperti harga telur juga masih melambung tinggi berbanding harganya sebelum PRU-14.


2. Bantuan BaSaH ini dijadualkan dibayar kepada rakyat yang terpilih melalui tiga fasa, pada bulan Januari, Mei dan Ogos 2019. Di saat majoriti rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan Jun, sememangnya pembayaran BaSah pada bulan Mei sekurang-kurangnya akan meringankan beban rakyat yang memerlukan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat pembayaran secepat mungkin memandangkan kita sudah berada di penghujung bulan Mei. Adakah kerajaan lupa tentang janji pembayaran BaSaH kepada rakyat pada bulan ini? Ataupun adakah kerajaan pura-pura lupa dan Najib Razak bakal dipersalahkan lagi?


3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan bersikap timbang rasa kepada rakyat dengan mempercepatkan bantuan BaSaH agar rakyat sekurang-kurangnya dapat mengukir senyuman di hari raya nanti. Gesaan ini dibuat setelah satu persatu pengumuman dibuat Menteri bahawa tiada bonus untuk golongan peneroka dan petani di FELDA dan FELCRA. Bayangkan di saat harga sawit dan getah jatuh merudum, jualan yang tidak seberapa menyebabkan seluruh peneroka dan petani terpaksa mengikat perut untuk hidup. Bonus pula tidak diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Harapan terakhir mereka adalah bantuan BaSaH yang dijanjikan. Jangan hancurkan harapan mereka, seperti dihancurkan harapan-harapan lain yang dijanjikan di dalam Manifesto Harapan “bukan kitab suci”.


4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tetap akan menyalurkan kegusaran rakyat marhaen yang berada di bawah kerana suara mereka seakan-akan tidak didengari oleh pemimpin-pemimpin muda Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan perlu ingat, masih berbaki 7 hari lagi untuk membuat pembayaran BaSaH kepada rakyat!




Demi Bangsa Malaysia!


Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia





Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop