Expired : 18.06.18

Mana peniaga Bumiputera? Annuar cari di pusat beli belah

Tan Sri Annuar Musa terpanggil membuat tinjauan selepas terdapat desakan lot berkenaan dibuka kepada bukan Bumiputera. — Foto oleh Choo Choy May
Tan Sri Annuar Musa terpanggil membuat tinjauan selepas terdapat desakan lot berkenaan dibuka kepada bukan Bumiputera. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Bimbang dengan situasi semasa peniaga Bumiputera, Tan Sri Annuar Musa hari ini turun padang mencari kebenaran. 

Menteri Wilayah Persekutuan terpanggil membuat tinjauan selepas terdapat desakan lot berkenaan dibuka kepada bukan Bumiputera. 


“Saya diberitahu kononnya rumah dan lot kedai termasuk di pusat beli belah yang dikhaskan untuk Bumiputera tidak habis kerana tiada pemohon. Betulkah laporan ini?


“Saya terima permohonan pemaju yang mahu lot Bumiputera dibuka kepada bukan Bumiputera. Saya ragu.


“Hari ini saya akan turun padang untuk tengok sendiri di pusat beli belah tertentu,” coretnya di Facebook hari ini.


Annuar berkata peniaga Bumiputera seharusnya tampil berniaga di pusat beli belah dan lokasi lain. 


Katanya bagi merealisasikan hasrat itu, peniaga yang berminat diminta tampil menghubungi Kementerian Wilayah Persekutuan.