Expired : 18.06.18

“Mana Tau Boleh Menang Macam Naim Daniel,”- Pasang Impian Masuk AJL, Datuk Aliff Syukri Bakal Keluar Lagu Single Terbaru


Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri   memaklumkan bakal mengeluarkan sebuah lagu single terbaru pada bulan depan.


Kongsi Aliff, tindakan tersebut kerana ingin lagu nyanyiannya tercalon di pentas anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).


“sampai termimpi tak apa next month abg akan keluarkan lagu baru utk di calonkan di ajl ..


“mana tau boleh menang mcm @naimdaniel ada yg tak zabarr nak tunggu tak??,” tulisnya.




Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi kata-kata semangat kepada usahawan berusia 32 tahun itu.



Terdahulu, Aliff telah menjadi perhatian rakan selebriti dan netizen apabila usahawan terkenal itu mempertikaikan lagu nyanyiannya tidak tercalon di pentas akhir Anugerah Juara Lagu.


Foto: Instagram Aliff Syukri