Expired : 18.06.18

“Mandi Peluh Sampai Terkoyak Jubah,” – Fizo Omar Kongsi Momen Kucup Hajarul Aswad, Bersesak Di Lautan Manusia


Memaparkan perjalanan mencari keredaan Allah SWT, pelakon dan usahawan Fizo Omar memuat naik sebuah video ketika mengerjakan Rukun Islam kelima baru-baru ini.


Katanya menerusi video yang dikongsi di laman Youtube, disebabkan orang terlalu ramai, mereka terpaksa mengikut laluan pintu An-Nabi.


Jelasnya lagi, bagaimana mungkin dia dapat meredah masuk ke kawasan berdekatan Kaabah yang cukup sesak dengan lautan manusia.


Menurut ustaz yang bertanggungjawab membimbing Fizo sehingga ke Kaabah, salah satu cara memudahkan niat mengucup Hajarul Aswad adalah dengan mendekati dan mengelilingi Rukun Yamani sehingga ke destinasi tujuan.


Dia turut berkongsi bauan Kaabah yang disifatkan sebagai sangat wangi. Dalam kesesakan yang teramat, cukup menakjubkan apabila dia berjaya mengucup batu dari syurga itu.


MANDI PELUH, SAMPAI TERKOYAK JUBAH ABE JOE


“Kalau fikir logik, dlm lebih 4 juta jemaah, mana mungkin dpt peluang mcm ni.. tp saya sangat yakin Allah tu Maha Pengasih , Maha Penyayang & sentiasa mendengar doa hamba-Nya.


“Salah satu hajat saya ketika pergi haji baru-baru ni saya nak kucup hajarul aswad sebelum balik ke Malaysia.. Mcm2 cabaran yg saya lalui, berjaya ke saya ni?,” tulisnya.



Foto : Youtube Fizo Omar


Norlida Ishak Shop