Expired : 18.06.18

Manfaatkan Kerjasama PAS-UMNO


Oleh : Wan Nur Aziezan Baharudin


BUKIT MAHKOTA, 17 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Muslimat PAS Serdang kali ke-29 telah menjemput ADUN PAS tunggal didalam kerajaan negeri Selangor, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor untuk merasmikan MAT kali ini.


Dalam ucapan perasmiannya, YB telah mengingatkan para perwakilan berkenaan tanggungjawab yang semakin bertambah untuk digalas.


” Setiap ahli PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memahamkan masyarakat bahawa politik Islam bukan hanya satu alternatif tapi ia adalah satu gerakan terbaik untuk membentuk masyarakat majmuk hari ini.”


Beliau juga mengingatkan tanggungjawab dakwah juga semakin bertambah apabila PAS membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO.


“Walaupun banyak suara mengkriti kerjasama PAS dengan UMNO. Ada yang kata PAS jangan kene kencing dengan UMNO kali Ke2, kita seharusnya memandang positif perkara ini.


” Kalau dulu ruang untuk menerangkan Islam dan matlamat perjuangan PAS kepada UMNO tertutup rapat, tapi hari ini ruang itu semakin terbuka dan ia perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh setiap ahli.”


ADUN Sijangkang ini juga menasihatkan para perwakilan agar jangan ragu dalam perjuangan ini walaupun ada yang mengatakan UMNO akan meninggalkan PAS sekiranya mereka menang.


” Teruskan usaha dakwah. Mungkin pemimpin UMNO meninggalkan kita tapi percayalah ahli bawahannya akan bersama kita.


” Ini dapat dilihat melalui sesi ziarah rakyat yang kita lakukan telah mendapat respon positif dari wanita UMNO. Mereka sangat terkesan apabila PAS bukan hanya membawa sumbangan tetapi turut mendoakan seluruh ahli keluarga tersebut.”


Untuk akhirnya, beliau memperingatkan perwakilan dan pemerhati agar menetili semuala ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar yang lepas dan menjadikan MAT ini sebagai medan muhasabah untuk memperbaik gerak kerja akan datang.


The post Manfaatkan Kerjasama PAS-UMNO appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop