Expired : 18.06.18

MANIFESTO PUN TAK TUNAI, BOLEH PERCAYA KE BELANJAWAN 2019? – INI KRITIKAN PEDAS AHMAD ZAHID HAMIDI

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan sejauh mana Belanjawan 2019 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guang Eng pada petang Jumaat boleh dipercayai oleh rakyat.


Beliau berkata, keraguan tersebut disuarakan setelah mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.


“Semua pihak menunggu dengan penuh debaran dan harapan tentang #Bajet2019 (Belanjawan 2019).


“Persoalannya sama ada bajet ini mampu dipercayai sedangkan manifesto pun tak ditunaikan?


“Rakyat sedang memerhati,” tulis Ahmad Zahid menerusi sebuah posting di Twitter pada Jumaat.



Catatan di Twitter yang dimuat naik oleh Ahmad Zahid pada petang Jumaat.


Posting tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu, namun tidak kurang juga yang beranggapan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga pernah gagal menunaikan manifesto mereka.


Pelayar Twitter, @mdqyp1 berkata, rakyat negara ini terlalu membenci pentadbiran kerajaan lalu seolah-olah prestasi ekonomi, sosial dan politik Malaysia berada pada tahap yang sangat teruk.


“Rakyat Malaysia terlalu benci kerajaan lepas seolah-olah negara ini sudah hancur lebur daripada sudut ekonomi, sosial dan politik.


“Sedangkan negara membangun maju pada hari ini kerana jasa kerajaan lepas. Bagaimana Malaysia nak semakin maju kalau majoriti rakyat tidak bersyukur?,” tulisnya pada ruang komen.


Sementara itu, @juju_hyds pula berkata, kenyataan Ahmad Zahid tersebut menunjukkan seperti janji kerajaan BN sebelum ini sudah ditunaikan.



Guan Eng membuat pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen pada petang Jumaat. – Foto Bernama


“YB Zahid berkata-kata seolah janji-janji kerajaan BN dulu dan manifesto sebelum-sebelum ini telah ditunaikan.


“Lagipun apa yang nak harapkan 100 peratus manifesto Harapan (PH) ditunaikan kalau kerajaan baru nak mula (mentadbir),” balas wanita itu.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu berkata, janji PH seperti mana yang disenaraikan dalam manifestonya tetap akan ditunaikan walaupun dalam keadaan sukar.


“Kita telah membuat janji-janji dalam manifesto iaitu dalam jangka masa 100 hari kita akan melaksanakan janji-janji ini,” kata Dr Mahathir pada satu acara sidang media.


Bagaimanapun, perdana menteri pada 12 Oktober lalu berkata, ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH tidak mungkin dapat diwujudkan.


“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.


SUMBER: Mstar


BELANJAWAN 2019. INI 12 MANFAAT YANG SETIAP ORANG PERLU TAHU. NO 7 PALING RAKYAT TUNGGU



Belanjawan 2019 selamat dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada petang Jumaat bermula jam 4 petang.


Seperti tahun-tahun sudah, pembentangan belanjawan dinanti-nantikan oleh setiap warganegara bagi mengetahui manfaat yang bakal dinikmati pada tahun depan. Ini 12 highlight Belanjawan 2019 yang mesti semua orang tahu!


1) Bayaran balik PTPTN antara 2%-5%


Pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN dengan kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.


2) Pas bulanan pengangkutan awam RM100 tanpa had


Dalam usaha mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan. Antara yang terlibat perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.


3) Gaji minimum RM1.1k


Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia selaras dengan keperluan untuk memastikan kadar gaji dapat menampung suasana kos sara hidup.


4) Subsidi minyak bersasar


Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.


5) Kenaikan tol dibeku


Kerajaan turut akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019. Menurut Lim Guan Eng, langkah mengutamakan kepentingan dan hal ehwal rakyat itu bakal memberi kesan kewangan dianggar bernilai RM700 juta.


6) Kemudahan perubatan untuk ibu bapa penjawat awam


Kemudahan perubatan untuk 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dilanjutkan kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap.


7) Bantuan sara hidup RM500 hingga RM1k


Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.


8) Caruman dikurangkan kepada 4% bagi warga emas


Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%.


9) KWSP untuk i-Suri


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-SURI. Melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.


10) Hapus kira peminjam hutang 60 tahun ke atas


Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.


11) Subsidi petrol 30 sen


Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.


12) Bayaran khas untuk penjawat awam gred 54


Kerajaan turut mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews


Norlida Ishak Shop