Expired : 18.06.18

Mansuh amalan peperiksaan tepati budaya kasih sayang, kegembiraan



Mulai tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memansuhkan amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di KPM.


Pemansuhan ini dilaksanakan selaras dengan usaha reformasi pendidikan dan konsep pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid.

Pentaksiran terhadap Murid Tahap I juga akan dilaksanakan secara lebih objektif melalui suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan berpaksikan kepada usaha pembangunan karakter dan potensi murid secara berterusan.

Melalui usaha ini, kita mampu menghasilkan murid yang memiliki keupayaan dan pemikiran holistik di samping membina jati diri dan nilai-nilai positif sejak dari awal lagi. Ibu bapa juga mampu melihat perkembangan anak-anak secara lebih menyeluruh dan tidak tertumpu kepada soal akademik semata-mata.


Guru-guru juga mendapat peluang yang baik untuk mengenali diri murid dengan lebih dekat melalui penerapan nilai-nilai murni yang dipentingkan dalam pentaksiran baharu ini. Ia juga memberikan lebih ruang buat guru untuk menyemai nilai-nilai berkenaan dalam diri murid.

Secara umumnya pemansuhan ini amat bertepatan dengan budaya pendidikan berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati yang sedang ditampilkan oleh KPM. Ia membolehkan kita meletakkan nilai sebagai punca kepada pengetahuan dan memastikan anak-anak kita terdidik sebagai generasi yang berbudi dan berilmu tinggi.



Sumber: FB Dr Maszlee Malik





Share this




Admin





Related Posts




Norlida Ishak Shop