Expired : 18.06.18

Mantan exco Selangor kini senator Dewan Negara

Bekas exco Selangor, Dr Yaakob Sapari dilantik sebagai senator Dewan Negara mewakili Selangor hari ini bersama bekas pembantu Ahli Parlimen Puchong, Suresh Singh a/l Rashpal Singh.


Yaakob dan Suresh menggantikan Senator Chandra Mohan dan Senator Dr Muhammad Nur Manuty yang tamat tiga tahun tempoh perkhidmatan masing-masing.


Menteri Besar, Amirudin Shari dalam ucapan penutup Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor menzahirkan keyakinannya yang Yaakob dan Suresh Singh mampu menggalas amanah itu.


“Tahniah kepada Senator Yaakob dan Senator Suresh Singh dan saya percaya mereka akan mewakili kerajaan Selangor dengan baik seperti ditpertanggungjawabkan,” katanya memetik SelangorKini.


Pencalonan Yaakob dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.


Sementara itu, pemilihan Suresh Singh daripada DAP pula dicadangkan oleh ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.


Norlida Ishak Shop