v Marah individu ingkar arahan, ketegasan polis wanita jadi bualan warga maya
Expired : 18.06.18

Marah individu ingkar arahan, ketegasan polis wanita jadi bualan warga maya

Sebilangan besar warga maya kagum dengan ketegasan dan kecantikan seorang pegawai polis ketika menjalankan tugas mengawal pergerakan orang awam. — Foto tangkap layar Facebook
Sebilangan besar warga maya kagum dengan ketegasan dan kecantikan seorang pegawai polis ketika menjalankan tugas mengawal pergerakan orang awam. — Foto tangkap layar Facebook

PETALING JAYA, 23 Mac—Tindakan seorang pegawai polis wanita menegur individu mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan kerajaan tempoh hari menarik perhatian sebilangan besar warga maya.

Tular di media sosial, rata-rata kagum dengan ketegasan ditunjukkan pegawai polis berkenaan yang tegas dalam menjalankan tugas ketika negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Setakat ini, terdapat dua klip video menunjukkan pegawai polis wanita itu sedang menjalankan tugas sambil diiringi beberapa anggota lain.

Menerusi salah satu klip video, pegawai polis wanita itu dilihat menegur beberapa individu di sebuah bengkel motosikal.

“Kau dok melepak di sini kenapa? Orang (polis) jaga keselamatan kamu semua, kamu semua tak nak jaga diri sendiri.

“Ni, rumah mana? Buat apa kat sini?” soal pegawai polis wanita terbabit.

Sementara itu, sebuah lagi video klip berdurasi seminit memaparkan pegawai berkenaan bersama tiga anggota polis lain di dalam kenderaan peronda menegur seorang individu yang sedang menonton filem di luar premis.

“Kamu tengok movie (filem) dekat rumahlah. Masuk dalam pejabat...nanti orang lain ikut,” tegasnya.

Terdahulu, kebanyakan warga maya bukan sahaja mengagumi ketegasan pegawai polis berkenaan malah tidak kurang ramai yang memuji kecantikannya.

“Harap-harap ada sekatan jalan raya, janganlah ada kakak ni, comel pun seram pulak nak hadap dia,” tulis Yayang Puchong.

“Elok saja bagi polis perempuan dan askar perempuan dok urus nampak cengei (garang) banyak baru tau yang mana tak reti bahasa ni,” kata Khalisha Fatini pula.

Sumber diperoleh ProjekMM setakat ini mendapati pegawai polis berkenaan bertugas di bahagian siasatan jenayah seksual dan sudah berkahwin.

Jelas sumber lagi, video yang tular berkenaan diambil di laman sosial peribadi pegawai polis wanita itu.