Expired : 18.06.18

Mari cuba resepi Dalgona, kopi tular musim Covid-19 (VIDEO)

Kopi Dalgona buatan sendiri yang tular di media sosial baru-baru ini.—Foto ihsan FacebookShariffah Sarrah
Kopi Dalgona buatan sendiri yang tular di media sosial baru-baru ini.—Foto ihsan FacebookShariffah Sarrah

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bosan duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19?


Anda boleh mengisi masa terluang dengan mengasah bakat memasak di dapur, salah satunya mencuba resepi kopi latte buatan sendiri.


Baru-baru ini tular kopi ‘Dalgona’, teksturnya yang lemak, gebu dan berbuih pekat dikatakan sama seakan buatan pakar saji kopi (barista) di kedai mahal.


Jika di luar ia dijual dengan harga kira-kira RM15 secawan, anda kini boleh cuba di rumah menggunakan beberapa bahan yang mudah didapati.




Beberapa pengguna media sosial berkongsi resepi dikatakan asal Korea.


Bahan-bahan:


1.         Serbuk kopi atau nescafe
2.         Susu segar
3.         Gula
4.         Air panas
5.         Ais (pilihan)


Langkah pertama (A) : Ambil bekas dan campurkan tiga sudu kecil serbuk kopi, empat sudu kecil gula, empat sudu kecil air panas dan pukul dengan pengacau tepung (mixer) sehingga pekat dan likat.


Langkah kedua (B) : Dapatkan gelas kosong. Tuang ais atau susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu. Siap dan sedia dihidang.


Tips kurang manis: Guna gelas besar untuk lebihkan susu.


Resepi sukatan juga boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing.


Jadi selepas ini anda tidak lagi perlu beratur panjang di kedai demi secawan kopi sekaligus dapat menjimatkan wang saku.


Namun anda dinasihatkan tidak meminumnya waktu malam, bimbang kandungan kafein yang tinggi membuatkan anda sukar tidur malam.


Selamat mencuba!