v Masa depan Thiago Silva di PSG samar
Expired : 18.06.18

Masa depan Thiago Silva di PSG samar

PERTAHANAN tengah Paris Saint-Germain, Thiago Silva berharap dapat kekal beraksi di Eropah dan bermain untuk kelab ternama lain sekurang-kurangnya dua musim lagi.

Ia berikutan selepas dimaklumkan kontraknya dijangka tidak diperbaharui menurut sumber dalaman kelab gergasi Perancis itu.

Pemain kebangsaan Brazil berusia 35 tahun itu di jangka bersedia meninggal PSG pada musim panas ini apabila kontraknya tamat sejurus kempen Liga Juara-Juara 2019-20 berakhir.

Sumber memberitahu kepada ESPN bahawa Silva yakin dia mampu beraksi buat kelab ternama di Eropah dan bersedia menerima pemotongan gaji sekitar 211,000 Euro (RM1 juta) mingguan jika perlu.

Pemain pertahanan itu percaya dia harus kekal di Eropah supaya dapat menganggotai skuad Brazil ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Silva, kini berada di Brazil berikutan sekatan perjalanan kerana pandemik Covid-19, berharap kontraknya dilanjutkan selepas lapan musim di Parc des Princes.

Bagaimanapun, dia dimaklumkan oleh Pengarah Sukan PSG, Leonard minggu lalu bahawa kelab berkenaan tidak akan memperbaharui kontraknya.

Pengurus Napoli, Gennaro Gattuso yang beraksi bersama Silva di AC Milan, berminat menandatangani pemain pertahanan terutama jika Kalidou Koulibaly meninggalkan kelab berkenaan.

Perjumpaan semula dengan pengurus Everton, Carlo Ancelotti juga salah satu kemungkinan.

Silva meninggalkan Milan untuk ke Paris bersama penyerang Zlatan Ibrahimovic pada 2012, tapi penyertaan semula ke kelab Itali mungkin menjadi pilihan, dengan Itali sebagai destinasi pilihannya.