Expired : 18.06.18

“Masih Ada Sampai Sekarang..” Wawa Zainal Pakai Pinggan Free Ubat Gigi Sejak Awal Kahwin

Pelakon cantik, Wawa Zainal membuat pengakuan di Instagram bahawa dia tidak memiliki peralatan pinggan mangkuk mahal ataupun yang sedang rancak tular dalam kalangan suri rumah.

Dia yang memuat naik foto memaparkan dua buah pinggan dipercayai didapati secara percuma dengan setiap belian barangan penjagaan diri itu turut mengakui pinggan tersebut itu telah digunakan sejak mula berkahwin dan masih kekal sehingga kini.














View this post on Instagram



















kite xde pinggan mahal2,pinggan viral pun xde.. pinggan free ubat gigi darlie je ada?? pinggan ni dari zaman memula kahwin dgn aeril lagi. masih ada lagi smpi skg?


A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal) on












“Kite xde pinggan mahal-mahal, pinggan viral pun xde, pinggan free ubat gigi darlie je ada,”





Netizen yang mengikuti perkembangan Wawa di Instagram turut memberi reaksi yang sama. Nampaknya ramai rakyat Malaysia mempunyai pinggan percuma di rumah masing-masing.

Apa yang penting, bukan kemewahan perhiasan pinggan mangkuk yang dijadikan ukuran tetapi apa yang dihidang kepada keluarga itu menjadi penguat ikatan kasih sayang.