Expired : 18.06.18

Masjid Ditukar Jadi Kelab Malam

Masjid Ditukar Jadi Kelab Malam. Kejadian berlaku di luar negara. Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safed menjadikan Masjid Al-Ahmar sebagai kelab malam yang dilengkapi bar dan dewan acara.


Masjid Ditukar Jadi Kelab Malam
Masjid Ditukar Jadi Kelab Malam

Menurut Middle East Monitor, memetik Al-Quds Al-Arabi, masjid itu diubah menjadi bar dan dewan perkahwinan oleh firma yang bersekutu dengan majlis perbandaran itu.


Akhbar yang berpangkalan di London melaporkan, nama masjid itu juga diubah kepada Khan Al-Ahmar.


Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata pihaknya menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid berkenaan dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.


Beliau berkata, pihaknya memiliki bukti pemilikan masjid itu dan meminta badan politik dan badan popular untuk meningkatkan kerjasama menyelamatkan masjid itu.


Masjid Al-Ahmar adalah masjid bersejarah di bandar raya Safed di utara Palestin, yang diceroboh rejim Zionis pada 1948.


Masjid itu pernah dijadikan sekolah Yahudi, kemudian dijadikan pusat bagi kempen pilihan raya parti Likud dan pernah dijadikan gudang pakaian sebelum akhirnya ditukar menjadi kelab malam.


Safed pernah menjadi penempatan 12,000 penduduk Palestin sebelum mereka dipaksa keluar dari situ pada 1948. -HM-


The post Masjid Ditukar Jadi Kelab Malam appeared first on Berita Viral Terkini.


Norlida Ishak Shop