Expired : 18.06.18

Masjid Terima Kutipan Hampir 1 Juta Tapi Tidak Dibelanjakan





Jan 10, 2019

0 Comments







KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hari ini mendedahkan terdapat masjid di negeri ini mempunyai simpanan tabung hasil sumbangan orang ramai mencecah hampir RM1 juta, namun tidak dibelanjakan untuk pembangunan masyarakat Islam.


Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dan mempunyai rekod mengenai masjid terbabit untuk diambil tindakan lanjut.


Beliau berkata pihak pengurusan masjid sepatutnya menggunakan wang tersebut secara efisien khususnya dalam membantu masyarakat setempat.


“Pengurusan masjid perlu lebih proaktif dalam menguruskan wang tabung untuk tujuan pemerkasaan masyarakat Islam di tempat masing-masing.




“Pastikan masyarakat setempat mendapat manfaat daripada wang yang didermakan kerana itulah tujuan sebenar derma diberikan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Multaqa Amil Zakat Negeri Terengganu 2019 di sini hari ini. – BERNAMA





Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop