v Matthew Davies Angkat Kaki?
Expired : 18.06.18

Matthew Davies Angkat Kaki?

Matthew Davies Angkat Kaki?

Hanya tinggal 15 hari sahaja lagi sepak mula Liga Malaysia 2020 akan membuka tirai. Di kesibukan pasukan lain bertungkus lumus memantapkan pasukan berbeza pula dengan pasukan Pahang FA yang dikhabarkan akan kehilangan pemain pertahanan kanan mereka iaitu Matthew Davies. Lebih mengemparkan, ketua pasukan berdarah campuran Australia - Malaysia itu akan menyarung jersi Nike dan bakal beraksi di Stadium Sultan Ibrahim. Rata-rata penyokong setia Pahang sedih dan marah dengan berita yang semakin hangat diperkatakan di media sosial pada hari ini. Apakah yang berlaku sebenarnya didalam pasukan Pahang? Ketika pasukan lain berlumba-lumba untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat tetapi Pahang dirundum dengan masalah pemain angkat kaki.