Expired : 18.06.18

Mayat Ditemui Di Kawasan Pencarian Gadis Ireland, Nora Anne Yang Hilang

Polis sebentar tadi mengesahkan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu telah menemui satu mayat di lokasi pencarian.

Pihak polis menerima panggilan sekitar 1.57 petang tadi daripada seorang individu yang menemui mayat kira-kira 2km dari lokasi remaja berkenaan dilaporkan hilang. Bagaimanapun identiti mayat berkenaan masih belum dikenal pasti.

Lucie Blackman Trust, badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Britain menggesa masyarakat untuk tidak tergesa-gesa membuat andaian bahawa mayat wanita yang dijumpai tersebut adalah milik remaja Ireland berkenaan.

Mayat berkenaan disifatkan sebagai seorang perempuan yang berkulit putih. Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti mayat yang ditemui.


Norlida Ishak Shop