Expired : 18.06.18

Mayat kanak-kanak lelaki autisme ditemui pagi ini

BANGI, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Mayat kanak-kanak lelaki autisme yang dilaporkan lemas selepas tergelincir ketika bermain di Sungai Merab di sini, tengah hari semalam, berjaya ditemukan pagi ini.


Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Nik Mohd Fadhil Salleh berkata, mayat Noor Adam Faiq Noor Azam, 11, ditemukan pada 10.15 pagi, kira-kira tiga meter dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.


“Sebaik ditemui, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.


Beliau berkata, seramai 103 pegawai dan anggota terdiri daripada polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula 8 pagi ini.


Semalam media melaporkan, Noor Adam Faiq disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira 12 tengah hari, sebelum kasut serta seluar miliknya, ditemui di tebing sungai itu. -Bernama


The post Mayat kanak-kanak lelaki autisme ditemui pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop