Expired : 18.06.18

Mayat lelaki ditutup mata ditemui diikat dalam bagasi

MAYAT seorang lelaki ditutup mata dengan tangan serta kakinya diikat menggunakan pita pelekat ditemui di dalam sebuah bagasi di tebing sungai di Kampung Pangkalan Bau, Sarawak petang tadi.


Bagasi tersebut ditemukan orang awam yang kemudian mencurigai sesuatu selepas terhidu bau busuk sebelum terus menghubungi pihak polis, lapor Utusan Borneo memetik sumber.


Ekoran itu, Balai Bomba dan Penyelamat Bau telah dipanggil untuk mengangkat bagasi tersebut pada kira-kira pukul 7.24 malam.



“Bagasi tersebut kemudian dinaikkan ke pemukaan rata menggunakan tali dan apabila dibuka didapati terdapat mayat seorang lelaki dengan tangan, mata dan kaki diikat menggunakan pita pelekat.


“Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Nyaon ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut.


 


The post Mayat lelaki ditutup mata ditemui diikat dalam bagasi appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop