Expired : 18.06.18

MB Johor ‘lesap’ selepas temui Tun Mahathir

Pertemuan antara Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini menjadi tumpuan media di tengah-tengah berlegarnya cakap-cakap teraju pentadbiran negeri itu akan ditukar.


Pertemuan itu berlangsung kira-kira dua jam.


Bagaimanapun usaha media untuk mendapatkan reaksi Osman tidak menjadi kenyataan apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor itu keluar menggunakan laluan berbeza.


Menteri Besar Johor itu tiba kira-kira pukul 3 petang di perkarangan Perdana Putra dan dilaporkan keluar pada pukul 6.50 petang.


Osman dikatakan tidak menggunakan laluan di mana tempat media berkumpul untuk mendapatkan ulasan.


Timbul cakap-cakap bahawa Osman akan digantikan dengan Menteri Besar yang baru berikutan beberapa faktor termasuk prestasinya dalam menguruskan negeri selain tidak mendapat sokongan peringkat akar umbi.


Dalam tempoh 10 bulan mentadbir Johor, Osman beberapa berdepan kontroversi termasuk pengakuannya memiliki kelayakan akademik palsu.


Beliau juga dilihat gagal menangani isu pencemaran Sungai Kim-Kim selain keterlibatan dalam isu memasuki kawasan perairan Singapura sehingga menjejaskan hubungan dua negara.


Setiausaha Akhbarnya, Abdul Hakim Abdul Rahman semalam mengesahkan Osman akan ke Kuala Lumpur hari ini, namun menafikan khabar angin beliau akan digantikan.


The post MB Johor ‘lesap’ selepas temui Tun Mahathir appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop