Expired : 18.06.18

MBS cadang modul pendidikan


KOTA KINABALU, 15 Zulhijjah 1440H, Jumaat  – Majlis Belia Sabah (MBS) menyarankan kerajaan negeri supaya mewujudkan modul pendidikan demokrasi mengikut acuan negeri Sabah.


Presiden MBS Ahmad Farid Sainuri berkata, usaha ini wajar dilakukan bukan sahaja di dalam sekolah atau institut pengajian, malah perlu dibudayakan di luar silibus pendidikan formal.


Katanya, perbezaan latar agama dan kaum di negeri Sabah perlu diambil kira dalam pembentukan modul berkenaan.


Hal ini kritikal bagi memastikan keharmonian kaum di negeri Sabah dapat dikekalkan, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Ahmad Farid berkata, MBS turut menggesa kerajaan negeri untuk menginstitusikan modul pendidikan demokrasi dan kenegeraan negeri Sabah sebagai langkah progresif dalam mendepani cabaran mendatang.


Beliau berkata, MBS sebagai badan induk pertubuhan belia negeri Sabah bersedia untuk menjadi rakan kongsi kerajaan negeri dalam menjayakan usaha itu. -Bernama


The post MBS cadang modul pendidikan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop