Expired : 18.06.18

MCMC terus pantau sebaran berita palsu di media sosial

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. — Foto oleh SoyaCincau
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. — Foto oleh SoyaCincau

PUTRAJAYA, 24 Feb — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial berikutan perkembangan semasa di dalam negara.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R – race, regilion, royalty) di sebalik keghairahan berkongsi maklumat.


“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.


“Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” jelasnya.


MCMC juga menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi hak dan kepentingan masyarakat.


MCMC meminta orang ramai melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui aplikasi Whatsapp di talian 016- 220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my. – Bernama