Expired : 18.06.18

MDEC Ingin Menubuhkan Unit Kecerdasan Buatan Yang Meliputi Kepakaran Tempatan Dan Antarabangsa

Kecerdasan buatan merupakan salah satu topik yang hangat dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terkini, pihak MDEC turut menyatakan yang mana mereka akan menubuhkan unit khas yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan.


Unit ini juga akan menyokong pembentukkan garis panduan dan rangka kerja untuk Kecerdasan Buatan Kebangsaan. Unit ini akan terdiri daripada kepakaran tempatan dan antarabangsa melibatkan kecerdasan buatan, sekaligus membentuk sebuah ekosistem yang sihat di Malaysia.


Buat masa ini, rangka kerja kecerdasan buatan kebangasaan masih pada peringkat pembangunan, dan ia telah siap sekitar 50%. Dengan adanya asas yang kukuh, ia dijangka akan lebih mengalakkan pembangunan yang sihat, sekaligus membentuk ekosistem terbuka yang disertai lebih ramai pihak dari pelbagai industri.


Norlida Ishak Shop