Expired : 18.06.18

Melaka Terima Khidmat Kesihatan MUSMEDIK


Melaka Terima Khidmat Kesihatan MUSMEDIK


Oleh :’Aisyaa Yasmin


JASIN- Muslimat Medical Team (MUSMEDIK) giat menjayakan khidmat kesihatan secara terus kepada pesakit sekitar sini di bawah program ziarah medik perihatin.


Selari dengan penganjuran program ini,pihak MusMedik turut mensasarkan peluang dakwah melalui mekanisme perkhidmatan kesihatan tanpa mengira latar belakang pesakit yang dikunjungi.


Dalam pada itu,seramai 41 orang pesakit yang disantuni turut menerima kit medik perihatin yang mana di dalamnya terkandung risalah solat bagi memudahkan mereka merujuk panduan solat ketika sakit.



Turut hadir, jawatankuasa Muslimat Cawangan Terentang (DUN Rim),Kesang dan Air Barok (DUN Bemban),Umri (DUN Serkam) dan Sebatu (DUN Sungai Rambai).


The post Melaka Terima Khidmat Kesihatan MUSMEDIK appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop