Expired : 18.06.18

Memang Ada Sedikit Isu Tetapi Masih Bersama Ramli MS – Alyah

Tindakan penyanyi Datin Alyah yang didakwa sengaja ingin aibkan suaminya dengan meninggalkan komen berbaur sindiran menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah mengenai status rumah tangganya bersama Datuk Ramli MS.



Adakah mereka mempunyai masalah sehingga Alyah pernah memuat naik kenyataan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi.








Tidak mahu isu lebih besar timbul, Alyah menjelaskan niat asal beliau memberikan komen tersebut hanya sekadar gurauan semata-mata. Namun, komen seorang wanita yang membuat tuduhan terhadap dirinya membuatkan Alyah ‘naik hantu’ dan akhirnya tercetus perbalahan.



Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen saya itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.


Dia tak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan. Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya di situ.


Jika diikutkan kata hati, Alyah sudah mahu mengambil tindakan menyaman wanita berkenaan tetapi merasa kasihan saat mengetahui wanita itu sebenarnya seorang ibu tunggal.


Menjawab perihal rumah tangganya, Alyah memberitahu beliau masih lagi bersama Ramli MS cuma enggan lagi bercerita lebih lanjut mengenainya.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop