Expired : 18.06.18

Membeli-Belah Serta Berhibur Ke Jepun & Korea Dengan Pakej Yang Berbaloi

Jepun dan Korea adalah negara yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari Malaysia.

Dua negara ini juga terkenal dengan pusat beli-belah serta hiburan. Jadi jika anda melancong ke dua negara ini, anda pasti akan teruja untuk menerokai setiap tempat di sana kerana bandarnya tidak pernah sepi.

Jepun

Cakap sahaja tentang negara Jepun, mesti ramai yang terbayangkan bandar Tokyo yang sentiasa sibuk, kereta api yang laju, tandas yang berteknologi tinggi ataupun Geisha kan? Tapi, anda tahu tak sebenarnya tarikan yang terdapat di Jepun ini adalah jauh lebih banyak daripada itu?

Nara Deer Park

Taman ini adalah taman terbuka dan tiada tiket masuk yang diperlukan. Rusa-rusa yang ada disini semuanya rusa liar. Semuanya dibiarkan hidup bebas.

Walaupun rusa disini liar, tetapi rusa-rusa yang ada disini agak jinak.Kawasan taman ini juga sangat bersih dan tidak berbau

Antara aktiviti menarik di Nara Deer Park adalah, beri rusa makan. Ada sejenis biskut khas untuk rusa dijual disini. Anda boleh beli dan bagi rusa makan.
 
Universal Studio Jepun

Tidak puas hanya dengan menonton filem-filem daripada kaca tv atau di panggung? Apa kata kalau anda melawat ke Universal Studio Jepun untuk menyelami dalam dunia filem Hollywood ini secara sebenar sambil mencuba aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Wizarding World of Harry Potter, dunia Jurassic Park, kota San Francisco dengan simulasi babak api dalam movie Backdraft, Minion Park, bandar New York di mana anda dapat mencuba permainan 3D ride Amazing Adventures of Spider Man dan banyak lagi!

Shirakawago

Mengunjungi Shirakawago akan lebih puas di musim dingin atau sekitar bulan Januari hingga Mac.

Desa kecil yang terletak di lembah sungai Shokawa, Prefektur Gifu, Pulau Honshu ini menyajikan pemandangan hamparan salju serta bangunan rumah tradisional yang menakjubkan.

Bangunan rumah di desa Shirakawago dinamakan Gassho-zukuri,  bentuknya unik dengan atap yang tebal dan dibangun dengan kayu.

Waktu terbaik mengunjungi Shirakawago adalah musim dingin ketika atap rumah Gassho dipenuhi salju yang tebal. 

Gunung Fuji

Gunung Fuji antara salah satu tempat tarikan pelancong. Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi di Jepun dan ia merupakan identiti negara Jepun. Pemandangan yang indah dan mendamaikan itu membuatkan siapa yang ke sana akan terpukau!

Jadi jika anda mahu ke tempat-tempat menarik ini di Jepun dengan pakej 5 hari 4 malam untuk ke Gunung Fuji, Hakone dan untuk bermalam Kawaguchiko.  Dengan pakej ini anda dapat menikmati panorama indah dari stesen ke lima Gunung Fuji. Selain itu, anda juga dibawa menikmati pemandangan di tasik Kawaguchiko. Sementara itu, anda akan melawat kuil tertua Tokyo di Asakusa iaitu Senso-ji Temple. Bukan itu sahaja anda akan dibawa menikmati makanan laut nombor 1 di Jepun dengan 400 kedai di Tsukiji Outer Market. Menariknya pakej ini, jika anda bawa lagi sepasang rakan anda akan dapat potongan harga sehingag RM300.

Selain itu, bagi pelancong yang mahu bercuti lebih lama di Jepun, kami sarankan pakej 8 hari 7 malam di Tokyo, Gunung Fuji, Shirakaago, Kyoto dan Osaka. Dengan pakej ini pula pasangan kedua robongan anda akan mendapat potongan harga sebanyak RM2400.

Anda mahu berhibur dan ke taman tema? Pakej 4 hari 3 malam ke Osaka, Kyoto, Nara dan Universal Studio Osaka ini sesuai jika anda suka melakukan aktiviti luar negara beriadah. Menerusi pakej ini pula, pasangan kedua romobongan anda akan mendapat potongan harga RM2500.

Bagi anda yang suka menikmati pemandangan indah dan mendamaikan pula, pakej 4 hari 3 malam ke Tokyo Lake Kawaguchi amat sesuai untuk anda. Menerusi pakej ini anda akan diberi tiket percuma ke Sario Puroand untuk dua orang. Ia merupakan taman tema indoor yang terletak di Tama New Town dan ia juga dikenali sebagai Hello Kitty Park. Menariknya lagi, dengan pakej ini juga pasangan anda akan mendapat pakej ini secara percuma.

Selain itu kepada yang suka free & easy di Osaka pakej 5 hari 4 malam sesuai untuk anda. Anda boleh berjalan di kota tersebut dengan mendapat pass percuma selama lima hari menaiki kereta api  Kintetsu. Serta ke taman tema Hello Kitty. Menerusi pakej ini anda akan mendapat pakej percuma untuk seorang lagi.

Korea

Jika anda mahu ke Seoul, anda boleh dapatkan pakej 4 Hari 3 Malam Leisure & Fun In Seol. Menerusi pakej ini pasangan kedua rombongan anda akan dapat potongan harga sebanya RM2,000. Dalam pakej ini anda akan dibawa melawat Gyeongbokgung Palace dan Changing of the Guards Ceremony, berlibur dan membeli belah di Gwanghwamun Square, Cheonggyecheon Stream dan Samcheong-dong Road.

Bagi yang ingin meluangkan lebih masa di Seoul anda boleh mengambil pakej 5 Hari 4 Malam Seoul & DMZ Tour. Dengan pakej ini jika anda pergi bersama 4 rakan anda, orang keempat akan dapat pakej ini secara percuma. Menariknya dengan pakej ini anda akan dibawa membeli-belah di Premium Outlets. Anda juga akan dibawa ke Seaweed Rice Roll Making DIY dan Hanbok Wear serta Naksan Park.

Manakala bagi penggemar juru gambar, anda sesuai untuk mengambil pakej 5 Hari 4 Malam Memories In Seoul. Anda akan diberi peluang menjalani penggambaran selama 2 jam dengan juru foto peribadi yang disediakan. Selain itu, untuk yang suka beli-belah, anda boleh membeli belah di Dongdaemum Market serta Insadong dan melawat kampung Buchon Hanok. Menerusi pakej ini pasangan kedua akan mendapat potongan harga RM2500 dan dapakan kad T-Money secara percuma.

Tempat paling popular di Korea, Jeju Island selalu mendapat tarikan pelancong. Jika anda mahu ke sana pakej '4 Hari 3 Malam Love In Jeju Island' sesuai untuk anda.  Menerusi pakej ini anda akan dibawa melawat Seongsan Sunrise Park, kampung Seongeup Folk, Teddy Bear Safari serta melawatMuzium O’sulloc Green Tea dan Innisfree House. Menariknya pakej ini, ia menawarkan potongan harga sebanyak RM2,000 kepada pasangan kedua.

Bagi pelancong yang mahu ke Busan, apa kata ambil pakej '4 Hari 3 Malam Discover Busan'. Menariknya pakej inijika anda pergi bersama 4 rakan anda, seorang daripadanya akan menikmati pakej percutian pakej ini secara percuma. Dengan pakej ini anda akan dibawa melawat Gamcheon Culture Village, membeli belah Nampadong Street, Cheongsapo Daritdol Skywalk dan  Gwangbok-Dong Street.

Apa tunggu lagi, dapatkan tawaran hebat ini hanya di Sedunia!

Untuk lebih informasi, layari laman web www.seduniamattafair.com atau hubungi 03-2148 4566/2148 1022 sekarang bagi menempah pakej menarik ini! Anda juga boleh hantar e-mel ke [email protected] untuk lakukan tempahan.

Jangan lua juga layari http://www.gempak.com/etravelfair/Agensi/Sedunia%20travel untuk melihat pakej-pakej lain.
 
 


Norlida Ishak Shop