Expired : 18.06.18

Mendekati Komuniti Melalui Kembara Merdeka 2.0

SEREMBAN,15 Okt. – Kolej Tun Hussien Onn (KTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Kembara Merdeka 2.0 (KM2.0) selama tujuh hari mulai 9 Oktober yang lalu.


Seramai 24 orang krew terlibat secara langsung dalam kembara ini terdiri daripada pelajar UTM tahun dua hingga tahun empat.


Antara negeri yang telah menerima kunjungan krew-krew KM 2.0 termasuklah Johor, Negeri Sembilan serta Perak.


Di Johor, aktiviti yang diadakan adalah “Feed the Homeless” dengan kerjasama TheFQ Johor yang telah ditaja oleh Coco Genius.


Rajah 1: Krew KM2.0 di rumah perlindungan bagi anak-anak homeless The FQ

Di Negeri Sembilan pula, destinasi yang telah menjadi pilihan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai.


Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan adalah seperti gotong-royong “school decoration”, eksplorasi yang bertemakan slogan “Sayangi Malaysiaku” dan program Mentor Mentee.


Di Pekan Karai, Kuala Kangsar, krew KM2.0 telah mengadakan aktiviti yang bertempat di Dewan Kampung Enggor. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan termasuklah pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Pejabat Kesihatan Karai dan program derma darah yang telah dikendalikan oleh pihak Hospital Kuala Kangsar.


Selain itu, pelbagai aktiviti lain yang menarik telah dijalankan yang melibatkan murid-murid sekolah rendah di Kuala Kangsar yang terdiri dari Sekolah Kebangsaan Karai, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kampung Enggor, dan Kemas. Antara program yang telah dijalankan adalah motivasi, cabutan bertuah, pertandingan mewarna serta pameran “booth-booth” yang berkaitan dengan kemerdekaan.


Rajah 2: Slot motivasi bersama Dr. Jasrul di SMK Jelai 
 Rajah 3: Pertandingan mewarna yang telah disertai oleh kanak-kanak bawah 6 tahun dari daerah Karai

Program Kembara Merdeka 2.0 telah melabuhkan tirainya di Dewan Sri Merbau (DSM), majlis penutupan yang telah dirasmikan oleh wakil dari YB Tanjung Piai.


Selain itu,  barisan penaja turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis penutupan pada malam tersebut.


Rajah 4: Majlis Penutupan KM2.0 yang dihadiri oleh wakil YB Tanjung Piai dan wakil-wakil dari barisan penajaan

Norlida Ishak Shop