Expired : 18.06.18

Mengaku bodoh, Lan Pet Pet mahu jumpa ‘Pak guard’ mohon maaf

SELEPAS namanya menjadi kecaman netizen gara-gara insiden mengasari dan memukul seorang pengawal keselamatan di Nilai pada 6 April lalu, pelawak Lan Pet Pet meluahkan rasa kesal dan meminta maaf.


Sehubungan itu, pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berjumpa dan memohon maaf daripada Yahya Manap.


Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad yang didenda RM2,000 oleh mahkamah semalam memberitahu, dia sanggup berdepan apa jua tindakan daripada pengawal keselamatan itu.


“Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja. Saya silap dan bodoh ketika itu.


“Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf.


“Selebihnya terserahlah kepada Yahya. Saya terima dengan hati terbuka,” katanya seperti dipetik portal BH Online.


Tambah pelawak berusia 50 tahun itu, dia menghormati Yahya seperti bapanya tetapi tidak sengaja untuk bertindak sedemikian kerana manusia biasa juga tetap melakukan kesilapan.



“Bagaimanapun, salah faham yang berlaku membuatkan saya tidak sengaja bertindak di luar batasan.


“Apa yang berlaku, biarlah saya simpan dalam hati. Saya belum bersedia mahu berkongsi, berikan saya tempoh untuk bertenang dahulu.


“Ketika ini, fikiran saya serabut, banyak urusan yang kena selesaikan. Saya perlukan masa,” tambahnya.


Lan juga berjanji akan meleraikan persengketaan ini dengan secepatnya dan sebaik mungkin setelah keluarga dan rakan baik turut menasihati dirinya untuk berjumpa dengan Yahya.


“Saya berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang dalam hidup saya. Makilah, hamunlah…

“Saya terima dengan reda. Saya mohon maaf dengan hati yang ikhlas,” ujarnya.


The post Mengaku bodoh, Lan Pet Pet mahu jumpa ‘Pak guard’ mohon maaf appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop