Expired : 18.06.18

Mengenali DC Dimming – Teknologi Pemalapan Arus Terus Pada Skrin AMOLED

Skrin jenis OLED adalah jenis skrin terbaik yang pernah wujud. Ini kerana, OLED menggunakan bahan-bahan organik untuk menghasilkan warna, jadi hasil warna pada skrin OLED adalah lebih cantik dan terang.


Di dalam artikel hari ini, saya akan kongsikan apa itu pemalapan arus terus (DC Dimming) dan kenapa pemalapan arus terus (AT) skrin OLED wajib mempunyai teknologi pemalapan AT ini.


Apa Itu PWM?


Secara asasnya teknologi ini adalah teknologi untuk memalapkan/mengurangkan kecerahan skrin pada peranti. Selama ini, kesemua peranti Android yang menggunakan skrin OLED seperti panel AMOLED, Super AMOLED atau P-OLED – yang mana kesemuanya adalah teknologi memalapkan skrin daripada Modulasi Lebar-Denyut (Pulse-Width Modulation / PWM).



Untuk mudah anda faham, PWM adalah seperti paparan dengan backlight seperti LCD. Di mana backlight ini sentiasa hidup dan menyala. Jika ingin malapkan, ia perlu dihidup dan dimatikan dalam frekuensi yang tinggi. Frekuensi ini tidak dapat dilihat oleh mata manusia, yang mana kebiasannya hanya melihat kelipan 60Hz. Jadi, jika pengguna ingin malapkan skrin pada tahap 50% – 50% bahagian skrin akan hidup dan 50% akan mati. PWM juga mudah diimplementasikan.


Walau bagaimanapun, PWM mempunyai satu kesan sampingan yang serius. Pengguna akan mengalami masalah kesihatan seperti; pening kepala, migrain atau berasa tidak selesa disebabkan daripada kelipan skrin. Selain itu, PWM hanya berfungsi dengan baik pada panel LCD, sekaligus membawa kepada masalah kelipan yang lebih serius.


PWM + OLED?


Skrin OLED tidak mempunyai backlight kerana ia hadir dengan pixel tersendiri, atau lebih dikenali sebagai sub-pixel. Sub-pixel  ini dikawal secara sendiri, jadi apabila skrin terjatuh/retak – itu yang menyebabkan masalah pixel mati. Berbanding LCD, keseluruhan skrin akan rosak sepenuhnya apabila ia mengalami kesan kejatuhan yang serius.



PWM sukar untuk diimplementasikan pada skrin OLED kerana sub-pixel hanya memancarkan warna tersendiri melalui voltan elektrik. Jadi, untuk mengawal kecerahan atau memalapkan skrin melalui teknik PWM ini tentunya menjadi lebih sukar. Antara panel OLED yang disahkan menggunakan PWM adalah Samsung, dengan sejumlah penawaran panel berasaskan OLED, AMOLED, Super AMOLED, dan juga Dynamic AMOLED.



Walaupun PWM sukar diimplementasikan pada OLED, usaha untuk terus menggunakan teknologi ini masih tidak mustahil. Tetapi, PWM tetap PWM – ia akan menyebabkan kelipan dan membawa masalah kepada kesihatan mata pengguna.


Jadi, Apa Itu Pemalapan AT?


Pemalapan arus terus (AT) adalah alternatif kepada PWM. Dengan menggunakan pemalapan AT, tiada masalah kelipan akan berlaku, selain membantu untuk mengurangkan masalah kesihatan kepada pengguna.



Bagaimana pemalapan AT berfungsi? Secara teorinya, teknik ini mengurangkan arus eletrik yang memancarkan pada setiap sub-pixel paparan OLED. Akan tetapi dengan pemalapan AT ini, hasil warna akan berubah sedikit kerana sub-pixel OLED memancarkan warna yang tersendiri. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan kualiti skrin akan berkurangan.


Perkara ini tidak mustahil kerana wujudnya Ohm’s Law iaitu Kuasa = Voltan x Arus Elektrik (Current) – jadi dengan mengubah nilai setiap salah satu perkara secara tidak langsung akan menyebabkan perubahan kecerahan pada skrin. Lebih rendah arus elektrik digunakan, lebih malap kecerahan skrin dan sebaliknya.


Peranti Apa Dan Untuk Siapa Pemalapan AT?


Buat masa ini, antara peranti yang sedia menawarkan fungsi pemalapan AT ini adalah Black Shark 2. Peranti ini adalah antara peranti pertama yang mempunyai fungsi ini. Selepas melihat kebaikan daripada pemalapan AT ini, Xiaomi turut ingin mengimplementasikan fungsi ini pada Xiaomi Mi 9 melalui kemaskini akan datang.



OnePlus juga kelak akan memberi fungsi ini kepada pengguna mereka. Akan tetapi untuk OnePlus, fungsi ini akan hadir melalui OnePlus Laboratory terlebih dahulu untuk diuji dalam bentuk beta. Bagi mengelakkan kekeliruan atau sebarang isu kepada pengguna, OnePlus dan Xiaomi telah memberi kenyataan bahawa pemalapan AT akan menyebabkan pengurangan dari segi resolusi skrin dan kualiti paparan.


Jadi untuk memberi keselesaan para pengguna, fungsi ini perlu diselia mengikut keselesaan pengguna. Pengguna yang tidak terkesan kepada masalah pening kepala, migrain, atau tidak selesa kerana kelipan PWM – fungsi pemalapan AT tidak digalakkan untuk diaktifkan. Ini kerana teknologi PWM sedia memberi kualiti skrin yang lebih tinggi berbanding AT. Bagi pengguna yang terkesan dengan masalah kesihatan, pemalapan AT adalah sangat disarankan untuk diaktifkan kerana ia lebih mesra kepada kegunaan harian dan kesihatan pengguna.


Norlida Ishak Shop