Expired : 18.06.18

‘Mentaal juga dapat member camni’ – Gadis kesal rakan kutuk wajahnya kaw-kaw

Sebagai sahabat, tidak seharusnya kita melakukan atau mengungkap kata-kata yang boleh menyakitkan hati sesama sahabat. Sebaliknya, jagalah pertuturan, kelakuan dan sama-sama menghargai antara satu sama lain.


Meskipun sudah biasa bergurau senda bersama, tetapi kali ini gurauan dari rakan membuatkan gadis ini terkilan. Hendak disekat, bimbang pula rakannya terasa hati. Tambahan mereka berdua merupakan rakan sekerja.


“So this is my current skin. Actually mental juga dapat member macam ni. Nasib baik aku bukan jenis yang cepat koyak,” kata Shahidah Alias yang juga berkongsi screenshot mesej dari rakannya.


“Aku tengah minum air tersedak siak tengok jerawat kau. Nak munta rasa. Buruk siak. Muka kau paling teruk. Hahaha! Jelas siot. Memang tak lawa, buruk bodoh muka kau. Macam muka minyak yang kat dalam bas tu. Jangan doh tunjuk muka kau,” kata rakannya.

clear”>

“clear”>



Ramai netizen menyelar sikap rakan Shahidah yang main cakap lepas tanpa mempedulikan perasaan Shahidah. Tidak kurang juga ada yang menasihatkan agar Shahidah menyekat si polan itu dari media sosial miliknya, malah ada yang minta Shahidah dedahkan Instagram si polan itu.


“Untuk awak-awak semua yang minta I reveal IG dia, sorry I can’t. She still my friend, my workmate. Hari-hari juga dia making fun of my face. Nasib baik mental I still kuat.


“Nak block takut, kat tempat kerja dia buat muka. Aku malas nak gaduh. Haha!” jelasnya kepada netizen.


Dalam tweet itu juga, Shahidah menjelaskan dia tidak menggunakan apa-apa produk. Break out itu berlaku disebabkan alahannya terhadap dairy, habuk dan mineral oil.


Biarpun didesak jangan berkawan dengan si polan itu, Shahidah tetap dengan pendiriannya dan hanya mampu menyekat rakannya itu dari melihat Instastorynya.

“clear”>

“>

“Even I block pun I tetap tak tenang sebab hari-hari berjumpa di tempat kerja dan macam biasalah, dia buat lawak pasal muka I. Haha.


“Tak sampai hati nak reveal sebab dia kawan I. Dia orangnya memang kasar bab bergurau, tetapi kali ini saja I rasa gurauan dia melampau sikit.


“Tetapi rasa keyakinan diri itu terus hilang bila workmate asyik buat lawak pasal skin kita.


“I bergurau memang kasar tapi I tak pernah bergurau tentang fizikal dia. Rasa tak elok begitu. Tetapi dia direct saja macam tu. Mungkin pada dia gurauan, tetapi kali ini memang agak melampau.

“clear”>

“First month I memang mental dibuatnya. Lama kelamaan kena begini macam dah lali juga. Living with this skin is not fun at all tetapi lantaklah. Memang perangai dia macam tu, nak buat macam mana kan. Saya takkan tendang dia keluar dari hidup saya sebab dia masih kawan saya. Tetapi adakalanya dia bergurau melebihi batasan, tak fikir perasaan orang macam mana.” katanya.


Bergurau biarlah berpada-pada. Rakan yang menjadi bahan gurauan, apabila mereka berdiam bukan tanda mereka redha, tetapi jauh di sudut hati mereka terbit rasa kecewa diperlakukan sebegitu oleh insan yang bernama rakan.

Sumber: Twitter Shahidah Alias</

kredit: Thereporter


The post ‘Mentaal juga dapat member camni’ – Gadis kesal rakan kutuk wajahnya kaw-kaw appeared first on OhGebang.


Norlida Ishak Shop