Expired : 18.06.18

Menteri Indonesia ditikam ketika buat lawatan

MENTERI Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto cedera akibat ditikam seorang lelaki ketika sedang membuat lawatan di Banten, lapor media tempatan hari ini.


Video yang disiarkan media Indonesia menunjukkan Wiranto bersalam dengan orang ramai sebelum seorang lelaki meluru lalu cuba menikamnya dengan senjata tajam ketika pemimpin itu mahu masuk ke kenderaannya .


Serangan menyebabkan Wiranto terjatuh dan polis segera menangkap penyerang berkenaan.


Menurut laporan berkenaan, Wiranto segera dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya tidak diketahui.


The post Menteri Indonesia ditikam ketika buat lawatan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop