Expired : 18.06.18

Menteri Ini Jelaskan Kenapa Penjawat Awam Mesti Ditamatkan Oleh Kerajaan

KUALA LUMPUR: Pekerja kontrak kerajaan, atau apa yang digelar pekerja khidmat singkat, harus menerima kenyataan khidmat mereka mungkin tidak disambung lagi. ‘


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin, kerajaan Pakatan Harapan walau bagaimanapun akan mengkaji kes dan rayuan kelompok pekerja berkenaan mengikut ‘case-to-case basis‘ bagi membolehkan mereka diserap ke agensi atau jabatan kerajaan yang lain.


“Saya akui memang bila orang bekerja ini kalau kita berhentikan memang ada masalah. Tapi pada masa sama juga, apabila kita melantik mana-mana pegawai (kerajaan), kita juga beritahu bahawa mereka seharusnya kena terima hakikat mungkin mereka tidak akan disambung kontrak. “Kalau mereka tidak mematuhi atau memenuhi syarat, tidak bolehlah nak sambung semata mata nak jaga mereka. Tapi secara umumnya, kerajaan bukan suka suka tak lanjutkan kontrak, tetapi kita juga ada kekangan yang perlu ambil kira sebelum kita buat keputusan tak lanjutkan,” katanya sewaktu sesi Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui bilangan penjawat awam sambilan dan kontrak yang diberhentikan selepas kerajaan bertukar,

serta justifikasi pemberhentian mereka.


Mengulas lanjut, Mohamed Hanipa, yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata terdapat 14,868 orang pegawai kontrak telah dilantik di agensi tertentu seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).


Daripada jumlah itu, sebanyak 177 atau 1.2 peratus pegawai ditamatkan kontrak kerana projek atau tugasan mereka telah tamat, manakala 11,394 atau 76.6 peratus terus kekal berkhidmat buat masa kini.


Mengenai pampasan mereka yang ditamatkan kontrak, Mohamed Hanipa berkata ia akan dibayar, juga berdasarkan case-to-case basis.


Norlida Ishak Shop