Expired : 18.06.18

Menteri kewangan tak pernah campur tangan urusan umrah


BANGI, 1 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Kementerian Kewangan (MOF) membuat laporan polis berhubung maklumat palsu yang mendakwa Menterinya, Lim Guan Eng campur tangan dalam urusan umrah sehingga menjejaskan perniagaan syarikat Melayu.


Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan juga berkata, mereka akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran maklumat itu.


“MOF ingin menegaskan bahawa menteri kewangan dan MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang mengkehendaki orang beragama Islam melakukan umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukannya melalui agensi pelancongan swasta/bebas yang telah dihalang menawarkan pakej umrah.


“Tuduhan yang telah dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini langsung tidak berasas, dan MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal ini,” kata kenyataan itu.


Kementerian itu berkata, menurut artikel ‘Guan Eng Akan Bunuh Perniagaan Melayu’ yang disiarkan laman Malaysia Today bertarikh 4 Februari lalu, tujuan arahan palsu itu adalah untuk memastikan Tabung Haji memonopoli perkhidmatan pengurusan dan perjalanan umrah.


“Lantas menghilangkan peluang untuk agensi pelancongan swasta/bebas milik Bumiputera untuk bersaing di dalam pasaran ini. Artikel ini turut dipaparkan di laman Facebook Raja Petra Kamarudin pada 4 Februari 2019.


“Laporan berita palsu ini disebarkan semata-mata untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menghasut kebencian terhadap menteri kewangan bukan Islam, kerana kononnya melakukan campur tangan dalam hal ehwal urusan Islam,” kata kenyataan itu.


Sehubungan itu, MOF sekali lagi menegaskan bahawa menteri kewangan tidak pernah sesekali mengeluarkan arahan seperti yang dinyatakan dalam artikel Malaysia Today.


“Tuduhan palsu ini berniat jahat, fitnah dan pembohongan,” kata MOF.


The post Menteri kewangan tak pernah campur tangan urusan umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop