Expired : 18.06.18

Menteri nafi individu dikait Jho Low dilantik pegawai MOM

MOM tidak pernah melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling, yang dikaitkan dengan Jho Low sebagai ketua pegawai operasi. — Foto oleh Mukhriz Hazim
MOM tidak pernah melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling, yang dikaitkan dengan Jho Low sebagai ketua pegawai operasi. — Foto oleh Mukhriz Hazim

LANGKAWI, 13 April — Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak pernah melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, sebagai Ketua Pegawai Operasi MOM.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkara tersebut telah disahkan oleh Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. 


“Apabila berita itu keluar, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ada hubungi saya nafikan perkara tersebut.


“Beliau kata bahawa pelantikan itu tidak dibuat dan beliau sendiri akan pastikan pelantikan yang akan dibuat melalui merit terbaik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal mengenai  pelantikan Ung sebagai COO baharu MOM. — Bernama


Norlida Ishak Shop