Expired : 18.06.18

Menteri: Tujuh Orang Asli di Terengganu, empat di Pahang sah demam campak

Terdapat sejarah pergerakan di antara kes di Hulu Terengganu dengan komuniti Orang Asli Batek dari Kampung Kuala Koh, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. — Foto oleh Miera Zulyana
Terdapat sejarah pergerakan di antara kes di Hulu Terengganu dengan komuniti Orang Asli Batek dari Kampung Kuala Koh, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. — Foto oleh Miera Zulyana

PETALING JAYA, 18 Jun — Sebanyak tujuh kes Orang Asli di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu, Terengganu dan empat di Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang telah disahkan dijangkiti measles atau demam campak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata jumlah kes yang disahkan itu adalah daripada tujuh kes yang dilaporkan di Kampung Gerdong dan empat Kampung Ulu Sat, disyaki akibat wabak sama.


Katanya, siasatan awal mendapati terdapat sejarah kontak atau pergerakan di antara kes di Hulu Terengganu dengan komuniti Orang Asli suku Batek dari Kampung Kuala Koh.


“Bagi kluster di Jerantut (Kampung Ulu Sat), terdapat sejarah pergerakan keluar masuk ahli komuniti tersebut (Ulu Sat) ke Kampung Gerdong,


“Semua 11 kes ini disahkan melalui ujian makmal. pengesanan kes dan pemantauan status kesihatan penduduk masih diteruskan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengalaman Kesihatan Mental 2019 (MyMHEC2019) di sini hari ini.


Sehingga semalam, seramai 10 Orang Asli dirawat di Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang dengan seorang daripadanya adalah Orang Asli yang berasal dari Kampung Sungai Berua di Hulu Terengganu.


Sementara itu, ditanya tentang cadangan untuk mengenakan kuarantin di kawasan yang terjejas, Dr Dzulkefly berkata kawasan terbabit telah dikepung untuk mengelak penyakit itu daripada merebak.


“Bukan mudah untuk mengenakan kuarantin ke atas komuniti ini kerana mereka hidup berpindah-randah dan mereka tidak menyambut baik cadangan untuk menghimpunkan semua orang di dalam kawasan tertentu. Buat masa ini, tiga lokasi kaum Orang Asli telah dikepung untuk mengelak sebarang pergerakan keluar masuk,” katanya.


Sebelum ini, 15 kematian Orang Asli Kuala Koh dicatatkan dengan dua daripadanya disahkan akibat jangkitan radang paru-paru, manakala mangsa terbaharu kanak-kanak berusia 2 tahun 6 bulan disahkan akibat komplikasi demam campak.


Mengulas perkembangan kes di Kuala Koh, Dzulkefly berkata keputusan bedah siasat 12 mayat Orang Asli berkenaan akan diketahui dalam beberapa hari lagi.


“Pasukan pakar forensik sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang telah ditemui,” katanya. — Bernama  


Norlida Ishak Shop