Expired : 18.06.18

“Menyanyi Saya Gembira, Kalau Berlakon Saya Akan Menagis Di Bucu Katil,” -Ernie Zakri


Tidak hanya sekadar berkebolehan menyanyi, namun Ernie Zakri kini cuba menonjolkan dirinya dalam bidang lakonan menerusi Suri Katrina arahan Pali Yahya.


Memegang watak sebagai Suri yang merupakan seorang gadis psiko, Erni akui watak tersebut sangat sukar dibawa.


“Pada awalnya saya terima tawaran ini kerana ia ada sembilan episod sahaja, jadi saya terima sajalah.


“Saya jangkakan watak ini ringan tapi tak sangka ia sesuatu yang berat,” katanya kepada MH.


Popular dengan lagu Ku Bersuara, Ernie akui bahawa berlakon merupakan perkara sukar untuk digalas.


“Berlakon adalah perkara paling sukar kerana mereka (pihak produksi) mengarahkan saya menagis untuk menjiwai watak ini.


“Sekali gus, ia memberikan kesan sedikit sebanyak dalam tekanan dalam diri saya dan berani saya katakan bahawa ini lakonan terakhir untuk tahun ini,” kongsinya.



Ernie,27, ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini bagaimanapun tetap positif untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelakon untuk pertama kali.


“Saya kena tetapkan komitmen untuk menjayakan watak ini selama sebulan, walaupun hanya sembilan episod (Erni jayakan) daripada 49 episod di kaca TV.


“Sangat sukar bagi saya pada mulanya, tetapi saya perlahan-lahan menjiwai bidang lakonan khususnya memeganb watak psiko sebegini,” jelasnya yang bergandingan bersama pelakon Hasnol Rahmat,Ummi Nazeera dan Zul Huzaimy.


Tetap dengan pendirian sebagai seorang penyanyi, Erni lebih tenang dan gembira ke arah sedemikian.


 “Apabila bangun pagi,orang suruh saya menyanyi, saya boleh lakukan dengan gembira.


“Tetapi kalau berlakon saya akan menagis di bucu katil,” selorohnya.


Drama tersebut bakal disiarkan bermula 30 Oktober ini di Astro Prima (105).



Dalam perkembangan lain, Ernie bakal bergandingan dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert Karya Agung PakNgah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) Bersama Orketra Tradisional Malaysia pada 14 dan 15 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya.


Turut sama menjayakan konsert tersebut seperti Syamel, Asmidar dan Rojer.



Norlida Ishak Shop