Expired : 18.06.18

Mercedes Lancar Model Baharu AMG CLA 35 4Matic C118

Mercedes buat pertama kalinya memberi teaser model AMG CLA35 4Matic C118 semenjak penghujung tahun lepas dan mendapat respon positif daripada peminat setia barisan model kereta mewah ini. Model ini merupakan generasi kedua CLA C188 dengan model AMG 35.


Model baharu ini diperkenalkan secara rasmi bersempena dengan New York International Auto Show (NYIAS) yang akan datang. Model ini masih mengekalkan reka bentuk yang sama namun diberi pembaharuan dengan kemasan dan bentuk pada bumbung untuk menonjolkan perbezaan dengan model A-Class Sedan yang sedia ada.


17-mercedes-benz-2019-mercedes-amg-cla-35-4matic-c118-sun-yellow-3400×1440


Mercedes-AMG CLA 35 4MATIC (2019)



Sumber: Mercedes-Benz



Model CLA 35 ini dihadirkan dengan enjin M260 2.0 liter pengecas turbo petrol yang mampu menghasilkan kuasa 302 hp (306 PS) pada 5,800 rpm dan tork 400 Nm dari 3,000 hingga 4,000 rpm sama seperti barisan A 35 sedia ada. Ini membolehkan AMG CLA35 4Matic C118 mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam 4.9 saat sahaja dengan kelajuan maksimum sehingga 250km/j.


Norlida Ishak Shop