Expired : 18.06.18

Mesej tular larangan merokok di tempat makan ditangguh palsu


BANGI, 27 Jamadilawal 1440H, Sabtu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mesej tular di media sosial menyatakan mahkamah memerintahkan larangan merokok di tempat makan ditangguhkan.


Dalam satu kenyataan hari ini, KKM menegaskan sehingga kini tiada sebarang arahan daripada mahkamah bagi memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.


Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan semua pihak agar terus mematuhi peraturan berkenaan.


“KKM akan terus menjalankan aktiviti penguatkuasaan pendidikan sehingga Jun 2019. Ini akan diikuti dengan penguatkuasaan sepenuhnya pada Julai 2019,” katanya.


Mesej tular di media sosial menyatakan mahkamah memerintahkan larangan merokok di tempat makan ditangguhkan. Gambar: KKM

Pelaksanaan larangan merokok di tempat makan dibuat selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8 World Health Organisation Framework Convention on Tobacco Control (FCTC), dalam melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap produk tembakau dan rokok.


“Justeru, semua lapisan masyarakat diseru agar menerima pelaksanaan larangan merokok ini sebagai satu langkah positif bagi meningkatkan tahap kesihatan seluruh rakyat Malaysia.


Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari 2019.


Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.


Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.


The post Mesej tular larangan merokok di tempat makan ditangguh palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop