Expired : 18.06.18

MFL Rangka Peluang Kedua Saingan Liga Malaysia 2020.

MFL membentang rangka beberapa pelan bagi memastikan saingan Liga Malaysia 2020 dapat diteruskan setelah tidak dapat berjalan seperti yang dirancang akibat daripada pandemik Covid-19.

Setelah gagal mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia pada Ogos nanti , semalam FAM telah mengeluarkan satu lagi rancangan baru dalam kalendar Liga Malaysia 2020 di laman web rasmi mereka.



Beberapa rancangan telah digubal berpandukan saranan daripada MKN , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Antaranya ialah :


1.Pertandingan CIMB Liga Super , Liga Premier akan disambung pada 1-2 Disember dengan saingan secara separuh liga sahaja membabitkan perlawanan kelima sehingga perlawanan ke-11.


2. TM Piala Malaysia pula akan berlansung pada 17-18 Oktober dengan format kalah mati diantara 11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan 5 pasukan terbaik Liga Premier. Untuk saingan Shopee Piala FA dan Challenge Cup pula dibatalkan


3. Kesemua perlawanan akan diadakan tanpa kehadiran pennton.


4. Semua pasukan akan memulakan latihan pada Ogos mengikut prosesur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh FAM dan MFL.


5.Tiada perpindahan pemain dibuka.


6. Status Liga M3 akan diputuskan pada Jun.


Namun, jika MKN , KKM dan KBS masih tidak membenarkan perlawanan disambung ,maka saingan Liga Malaysia bagi musim 2020 akan dibatalkan.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata , kesemua perancangan ini akan dikaji semula pada Jun nanti berdasarkan perkembangan COVID-19 sebelum mengemukakan permohonan semula bagi menyambung saingan Liga Malaysia 2020.