Expired : 18.06.18

Microsoft Mengalihkan Semua Acara Secara Atas-Talian Sehingga Julai 2021

Penularan wabak Covid-19 telah membuatkan sejumlah syarikat mengalihkan acara mereka secara atas-talian – termasuk untuk pelancaran produk, acara memfokuskan pembangun, dan sebagainya. Bercakap mengenainya, kini Microsoft mengambil langkah drastik, dan dikatakan mengalihkan semua acara mereka secara atas-talian sehingga Julai 2021 kelak.


Langkah ini sekaligus akan meliputi sejumlah acara besar seperti pelancaran produk baru, persidangan teknologi besar, termasuk acara BUILD 2021 oleh Microsoft.


Langkah ini juga mungkin membuatkan syarikat teknologi lain untuk turut melakukan perkara sama – sekaligus memastikan penjarakkan sosial antara semua, dan memfokuskan kepada kesihatan terlebih dahulu.